Tuesday, October 20, 2009

Hai

Antara HIASAN, JAHITAN dan SULAMAN...semuanya memang ku minat. Cuma masa yang membataskan, kalau ikutkan hati semua nak buat. Antara sulaman benang dan manik, mana yang lebih mudah? Jawapannya ialah sulaman benang, rasionalnya sulaman ini tidak memerlukan benang yang pelbagai jenis, cukup sekadar 3 warna. Ianya senang dibawa ke mana-mana even to office. Sambil tunggu husband jemput pun boleh jahit dulu. Seni ini aku warisi dari ibu tersayang, yang pada masa dulu di apply kan kat pillow case dan alas meja tapi sekarang bukan sekadar di tudung malah pada baju pun boleh dan harga jualannya boleh mencecah ratusan ringgit.
Kalau sulaman manik, ianya perlukan penglihatan yang tajam dan sukar untuk dibawa ke mana-mana. Jadi duduklah kita di depan tv ataupun di meja untuk menyiapkan satu-satu sulaman. Tapi yang penting, kedua-duanya sangat cantik dan memberikan kepuasan kepada tukang jahit dan pemakai.

No comments:

Post a Comment